Friday, August 10, 2012

KERJA

Di tengah minda yang serabut ini, jemari aku boleh menari-menari seronok di atas butang keyboard. Kadang-kadang, aku fikir, aku kena lebih terurus dari segi masa dan jadual kerja aku. Ini supaya aku tak mengalami sindrom minda yang serabut. Sungguh kronik sebenarnya. 

Aku garu-garu kepala yang tak gatal.

Aku mendongak ke atas sambil tangan memangku dagu. 

Nafas dihela dan aku hembus bersama desahan suara yang melelahkan.

Itulah symptom jika minda berserabut. 

Sebenarnya, minda seperti ini berpunca juga dari tidur yang tak cukup dan terlalu fikir tentang kerja yang tak siap.

Nak-nak bila time aku kena balik kampung untuk beraya. Banyak kerja yang perlu aku langsaikan sebelum beraya. 

Congak punya congak, video-video content masih belum dirakam. Talents belum lagi aku call untuk shooting. Skrip pun satu haram aku tak tulis lagi. 

Adusss... sape nak jadi pembantu aku angkat tangan!

Penat. Tidur pun macam tak menentu sekarang ni. Bila mana puasa macam ni, tidur aku pun dah berserabai dan jadualnya tak menentu. Aku lebih banyakkan tidur di siang hari berbanding dengan tidur di malam hari. 

Minggu depan, dah nak raya. So, aku tak nak bekerja tengah-tengah sambut raya. Kalau boleh nak langsaikan segala kerja sebelum raya. 

Yeah! yakin boleh! 

Tiba-tiba, jiwa positif aku berkobar-kobar datang. 

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Eh? 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts