Friday, May 25, 2012

APE NTAH

Apa tah aku nak cakap. Aku pun lupa. Aku rasa tulisan aku kat sini boring & lame kot. Thats why ramai yang tak nak surf jurnal.

Tak pe, aku peduli apa ramai ke tak yang baca. Yang penting, aku dah terlanjur buat blog jurnal ni. Nak tak nak kena update gak.

Ni aku nak cakap yang sebenarnya ya, aku sekarang ni tengah duduk atas tikar plastik kat Surau Al-Ikhwan, Jalan Samudera Timur. Tengah-tengah mendengar khutbah Jumaat, sempat lagi jemari kasar nih menyentuh skrin iPhone.

Biasanya macam tu la, seminggu sekali je kot aku update blog ni (tipu) dan aku hanya sempat tulis masa khutbah Jumaat.

Oh jap, apa ntah tajuk khutbah ni yg sebenar. Aku pun tak dengar jelas tadi. Tapi lebih kurang macam khatib cakap pasal nikmat Islam.

Memang nikmat Islam ni satu nikmat yang besar dan ramai yang tak sedar nikmat ni. Kita tahu, lahir je kat atas dunia ni, terus je beragama Islam sebab ayah dan ibu kita beragama Islam.

Bayangkan kalau ayah ibu kita bukan Islam? Agak-agak kita dapat tak kecap agama Islam cenggini sekarang?

Jawapannya bergantung pada hidayat.

Aku dah selamat pindah rumah. Alhamdulilah, hasil dari kerja jadi blogger sepenuh masa selama 5 tahun, aku boleh beli sebuah rumah sendiri dan sediakan tempat yang selesa kepada isteri aku.

Hampir sebulan sudah aku duk kat rumah baru ni. Hampir sebulan jugaklah aku berhempas pulas untuk melengkapi kehidupan kat sini.

Sekarang, masalah yang belum selesai ialah masalah internet. Memang parah gaklah internet kat Banjaria Court ni sebab masih belum boleh masuk line internet Unifi. Sepatutnya dah lama Unifi kat sini tapi ada beberapa isu yang belum selesai. Dang!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts