Tuesday, March 6, 2012

KWSP

Semalam yang indah kita tinggalkan,
Biar ia berlalu bersama semilir bayu yang menderu,
Semalam yang pahit, juga kita tinggalkan,
Biar ia berlalu bersama sejuta kenangan yang tercalar...

Hakikatnya? Dunia sekadar pinjaman.

Heh, bermadah seloka la pulok. Huhu!

Diari kita berselak lagi. Hari bertukar hari.

Hari ini, aku memang banyak benda yang nak kena settle sebenarnya. Oh, selama ni pun memang itulah kerja kita kat atas dunia ini pun kan.

Selesaikan misi, tunaikan janji dan kotakan mimpi. Ayuh!

Aku bernasib baik sebab hari ini, tiada banyak event yang menanti untuk aku hadiri. Cuma ada kerja-kerja rutin yang aku kena settle di awal pagi. Selesaikan semuanya, baru boleh aturkan misi, memasang strategi.

Usai segala kerja rutin, aku ke Berjaya Times Square di Jalan Imbi dengan hasrat mahu menutup akaun U-Mobile.

Dengan itu, secara rasminya hari ini, aku bukan lagi pengguna U Mobile setelah aku menamatkan perkhidmatan dan melupuskn nombot 018. Sebenarnya, aku dapat nombor ni pun percuma, bersekali dengan telefon HTC Desire S.

Usahlah korang jeles dan cemburu buta ya, U-Mobile yang kasi percuma, so aku ambik je lah. Tapi katanya, aku tak perlu bayar pun RM30 sebulan tu, eh tiba-tiba, setiap bulan aku dapat bil gak RM28 untuk pakej internet tu. Tak nak lah lagu tu. 

Tak mahulah aku. Dah cukup la dengan pakej internet daripada Maxis. Sebulan aku bayar bil sebanyak RM130 lebih cam tu. Aku tak banyak call orang pun, orang yang call aku dan aku banyak guna untuk data internet je.

Facebook, Twitter, Email, Instagram dan bla-bla-bla...

Dan, telefon bimbit HTC Desire S tu masih terbiar sepi, takde orang nak guna. Kalau korang nak ambiklah beb.

Beberapa bulan lalu, aku ada iklankan sape yang nak, aku nak jual murah-murah je. Gadget tu memang ada kelas gak la, kira cukup lengkap segala sebagai satu Android. Cuma HTC ni tak ramai orang Malaysia guna macam iPhone atau Blackberry.

Okaylah, kalau korang nak, aku kasi je RM1,000. Fizikal masih nampak baru lagi dowh! Sebab aku tak pernah pakai pun. 

Aku ni pantang orang kasi percuma, ambik je lah. Aku rasa korang pun macam tu gak kan? 

Tak habis bercerita lagi pasal U Mobile ni sebab masa aku hari ini banyak gak lah membazir dengan hanya menunggu giliran di kaunter U Mobile nih.

Yelah, tengoklah kaunternya ada berapa je. Memang tak efisyen langsung. Tak macam Maxis. Ish, tak usahlah bandingkan dengan Maxis. Memang jauh panggang dari api. Siap aku boleh pergi window shopping kat sekitar level concourse tu. Tercari-cari kedai kamera Nikon yang jual Microphone Stereo model ME1. Tapi tak jumpa. Kat Low Yat je ada benda alah tu.

Nikon Stereo Microphone ME1


Nikon ME1 RM560

Good sound


Lepas settlekan bil tertunggak sebanyak RM83 di U Mobile, aku terus ke Low Yatt. Akhirnya aku jumpa jugak kedai yang jual microphone stereo tu. Kedai yang sama gak la yang aku survey itu hari. Tapi aku masih ingat lagi, masa aku datang survey tu harga microfon ni dalam RM450. Tapi sekarang dah naik la pulak RM570. Ishhh... nak tak nak, aku kena angkat gak la sebab malas nak membazir masa cari kat kedai lain. 

Alang-alang, aku sampai sini, aku belikan sekali 4 biji bateri rechargeable jenama Sanyo. Agak mahal gak la aku rasa bateri macam ni sekarang ni. Tak pe, aku rembat je lah. Harga 4 biji bateri tu dalam RM60.

Sanyo Rechargeable Battery

Kiranya sekali setahun aku ganti bateri yang boleh dicaj semula ini. Kali terakhir aku beli pun dalam bulan Januari 2011.

Aku ingat ke charger bateri yang rosak, rumahnya bateri lak yang dah kong. Minta dibeli yang baru. Bateri ini aku guna untuk flash kamera Canon EOS 60 D aku tu je.

Selesai shopping di Low Yatt Plaza, aku ke Sungei Wang Plaza untuk tukar mata wang rupiah. Sekaligus aku mendapat gelaran jutawan sekelip mata selepas aku tukar RM200. Dapat berjuta-juta beb. Sape tak nak hahhahaha.

Dari Bukit Bintang, aku meng-arahkan diriku ke pejabat KWSP yang berdekatan dengan stesen LRT Bandaraya tu. Urusan aku adalah mengeluarkan wang KWSP untuk membeli rumah. Jyea, urusannya sangat senang kalau kita ikut prosedur. Nasib baik tak ramai orang kat kaunter, jadi segala urusan boleh selesai dalam masa 15 minit. Cuma aku sangat terkilan, aku tak dapat mengeluarkan dari akaun wife aku sebab nama dia takde dalam SNP. Adusss, silap aku jugak tak letak nama wife aku. Mulanya memang aku letak selepas berbincang, kami ambil keputusan untuk delete balik nama wife. Adoi, itulah aku pun terlalu dengar cakap Dayang jurujual rumah PKNS tu.

Frust pun frustlah, terpaksalah telan jugak kan.

Jadi pengajarannya, kepada anda yang dah ada isteri dan mahu membeli rumah, jangan lupa letakkan nama isteri anda dalam SNP (Perjanjian Jual Beli) untuk menyenangkan anda mengeluarkan wang dari akaun ke-2 KWSP anda. Tak nak letak nama isteri dalam perjanjian pinjaman tak apa, tapi kalau dalam SNP, better korang letak la.

Malam, aku siapkan kerja dan packing. Esok pagi-pagi lagi aku dijadualkan akan terbang ke Jakarta, Indonesia untuk buat travelogue di sana bersama seorang penyanyi lelaki bernama Alvin Anthons. Katanya, dia ke Jakarta untuk mencari Sally. Huh...

Kat Malaysia pun ramai wanita bernama Sally kan? Kenapa harus ke Jakarta? Okay, korang tunggu je lah catatan jurnal aku di Jakarta ya.

Jumpa korang di lain masa. Aku sayangkan korang. Sayang sangat-sangat. Itu yang korang harus tahu.

Bye Bye...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts