Tuesday, February 21, 2012

CHEF WAN

Fine, ramai orang cakap, muka aku macam muka Chef Wan. Tak macam pun, sebijik pun ada lah. Ish! Damn you! Aku tak suka.

Bak kata Datuk Chef Wan masa dalam rakaman tu, kalau kami jalan-jalan sama, pasti ada orang cakap kami ni adik beradik. Tak pun anak babak.

Tapi, bila fikir-fikir, okay gak kalau aku jadi anak kepada Chef Wan nih. Lalu aku berangan dow. Mesti best jadi anak orang kaya. Ada segalanya.

Okaylah, sebab aku bosan sangat orang duk cakap muka aku macam Chef Wan, aku dengan ini membawakannya secara eksklusif... gambar-gambar aku dengan Chef Wan. Haha, rasanya bukan ekklusif dah pun sebab aku dah post kat Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya tu pun kot.

Terima kasih terlebih dahulu, sebelum aku terlupa nak mengedit balik yang mana aku terhutang budi kepada Kak Fariza yang propose nama Budiey sebagai tetamu Datuk Chef Wan. Nanti kak Fariza cakap aku tak mengenang Budiey pulak, kan. Nama je Budiey tapi tak berbudi langsung. Huh. Marah nanti akak aku sorang ni. Sentap sebab tak kredit nama dia. Maafkan saya ya Kak Fariza, lupa nak letak nama ahkak.

Itulah dunia sekarang dah takde eksklusifnya lagi sebab apa? Sebab ada social media nih lah. Tak ke binawe namanya tu?

Damn it! Dunia tanpa batasan. Segalanya di hujung jari. Dowh!

Okay nah, ini dia gambar-gambar yang kononnya eksklusifnya tu. Photo ini masa aku dating dengan Chef Wan sambil dia ajar aku masak-masak. Best dowh main masak-masak dengan Chef Wan. Kerlas tak Chef Wan ajak aku main masak-masak. Ko ada? (Giler poyo!)

Budiey & Chef Wan

Nak korang perbandingkan sendiri. Tang mana samanya. Sama tapi tak serupa eh? Dan yang aku nak gelak sakan masa first time jumpa Chef Wan nih, dia tengok aku dari atas ke bawah. Lalu dia berkata, "Budiey... kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

Aku kaget. Lidah macam berat nak cakap yang aku pernah jumpa tapi malas nak menyapa. Takut bila aku sapa Chef Wan, mesti dia terkejut macam tengok cermin la pulak.

Lalu aku cakap, "Pernah jumpa Datuk, tapi tak pernah nak sembang."

Giler angkuh dan sombong punya jawapan. Padahal aku boleh susun dengan ayat yang lebih manis macam ni:

"Ya datuk, kita pernah berjumpa. Tapi saya tak ingat dah event apa. Ada la dua tiga kali. Tapi takde kesempatan nak berborak-borak."

Manis tak kalau aku cakap macam tu. Mmm... pi mai pi mai, sama gak lah. Yang penting isinya sama je. Dalam erti kata lain, aku kenal Chef Wan, tapi dia tak kenal aku. Atau lebih senang, aku ni bukan siapa-siapa. Eh!

Okaylah, untuk tidak menjemukan korang baca diary aku ni, atau untuk elekkan korang tutup pangkah blog diari ni, aku nak ceritalah sikit pasal program masakan bersama Chef Wan ni, di mana aku dijemput untuk menjadi salah seorang tetamu untuk menemani Chef Wan masak-masak.

Nama program TV ni ialah Program Masakan Chef Wan Bersama Media. Bakal disiarkan di TV1 pada penghujung April ini. Aku tak sabar nak tengok gambar aku sendiri kat TV. Walhal ini dah kali ke berapa kali entah aku dijemput untuk masuk TV.

Yang buat aku teruja, program masakan ini juga akan ditontoni oleh sekalian penduduk seluruh Asia di mana saluran Asia Food Channel atau AFC turut akan menyiarkan program ini pada bulan Ogos depan. Kira dalam bulan puasa la tu kot.

Lokasi rakaman ialah di The Saujana Subang. Pergh! Punyalah pening nak cari hotel ni sebab aku tak pernah jejak kaki aku pun. Terkial-kial aku cari lokasi ini dalam maps google.

Budiey & Chef Wan

Tak jauh bezalah set dan prop yang korang selalu tengok kat TV tu, set program ni pun macam tu gak lah.

Aku kena sampai kat The Saujana dalam jam 9.30 pagi. Jadi, dalam jam 8.30 pagi tu aku kena keluar rumah dah sebab aku takut jalan sesak dan lagi satu aku takut aku lak yang sesat. Sesak dan sesat.

Dan kedua perkataan ini, sesak dan sesat menjadi igauan seram yang menakutkan kerana ia menjadi realiti di mata aku. Jalan sesak aku hadap. Sesat pun aku hadap. Padan mukakan.

Sampai je kat The Saujana, aku terus call Shima. Aku yang belum sarapan ini, terus dibawa ke cafe untuk menjamah sedikit juadah buffet hotel mewah dengan bentuk bangunan bercirikan modern malay.

Okaylah, gambar ni macam aku forward la... kasi cepat sikit... ni lah hasil masakan Chef Budiey. Hahahah.

Dan puang-puang, inilah bahangnya...

Budiey & Chef Wan

Aku tak nak cakap dengan details lagi terperinci resepi masakan yang kami masak tu, nanti korang tak tonton pulak. Ha, apa yang aku boleh cakap, kami sempat masak 2 resepi. Satu resepi dari Thai dan satu lagi resepi dari Indonesia. Yang penting, dua-dua senang je cara nak masak. Aku rasa korang yang tak pandai masak pun boleh cuba. Kena ikut arahan je dan bahan-bahan kenalah cukup, of cos!

Dalam pada kami seronok masak-masak tu, pastinya ada beberapa soalan yang Datuk Chef Wan ajukan pada aku. Kiranya soalan terjah dan tak sayang mulut pun ada gak la. Hahahaha.

Tapi aku baik je kot, sebab takdelah soalan-soalan yang terlampau ganas pun. Eh, ada satu soalan dari Chef Wan, dia tanya, sepanjang aku jadi blogger ni, ada tak aku buat fitnah atau buat jahat kat artis. Haa, lebih kurang cam tu la soalannya. Aku pun masa tu, memang tak diduga boleh terpacul dari mulut Chef Wan. Huhu, tapi aku jawab jugak dengan tenang dan tanpa berselindung lagi aku cakap je la, kisah aku buat jahat tu.

Haa, pasti ramai yang tak tahu dulu aku juga bloggger jahat. Tak caya, tanya Dato' Siti Nurhaliza, Ogy, Linda Onn dan beberapa lagi la. Ya, memang dulu aku macam tu. Thats why kot ramai retis-retis baru memang cakap aku ni clean je. Hahaha, sebab diorang tak tahu kot, dulu aku pernah buat gossip jahat.

Itu dulu lah. Kita lupakan je. Yang penting aku sekarang tak nak buat hal dengan retis sebab aku rasa aku mahu stay lama dalam industri hiburan nih, untuk bekerja dan cari makan dalam bidang ni. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting aku tak nak cari kes. Katakan tak nak pada blog gossip!

Nah, rasalah masakan kami ni hahaha

Budiey & Chef Wan

Kami tak panas, semuanya sebab pertolongan penahan panas terikan mentari nih. Agak-agak berapalah agaknya eh benda alah ni?

Eh, korang rasa sape yang banyak cakap, aku ke Chef Wan. Hahaha, soalan bodoh lak aku rasa sebab dah tentulah Chef Wan yang menang dalam public speaking nih. Memang betul, ramai yang tak tahu sebenarnya aku ni pendiam dan pemalu. Tapi bila dah kenal aku lama-lama, hilanglah sikit kemaluan dan kependiaman aku tu.

Hahahaha!

Aku rasa aku cakap dalam 20% je dalam rakaman ni. Selebihnya Datuk Chef Wan yang menjadi raja. Alah, nama pun aku ni tetamu je kot. Bukannya hos. Tapi memang betul la beb, Chef Wan ni memang talkative sungguh. Memang bercakap dengan dia kan, aku tak boleh langsung nak menyampuk. Memang takde noktah, aku koma je.

Budiey & Chef Wan

Lepas rakaman, cam ni lah kami, tak sabar nak tengok kat TV, tengok kat tv kecik monitor ni pun dah okay kot.

Budiey & Chef Wan

Aku dan Shima yang sekarang ni pun berjinak-jinak dengan dunia blog. Katanya!

Budiey & Chef Wan

Aku dan Cik Mat

Budiey & Chef Wan

Haa ni la dia puan-puan, dah siap pun masakan resepi kita hari ni

Budiey & Chef Wan

Okay Datuk, pose sikit boleh?

Budiey & Chef Wan

Ekslusif nih... korang tengok la apa yang ekslusifnya, aku pun tak tahu hahaha

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan

Budiey & Chef Wan







Wednesday, February 8, 2012

IPHONE 4S

Seronok dapat hadiah. Teruja dapat hadiah. Maklumlah hadiah memang gempak. Bukan selalu aku dapat.

Macam aku cakap, hidup akan jadi best bila selalu dapat hadiah. Tapi siapalah kita eh? Bukannya retis pun nak selalu dapat hadiah. Sebenarnya, retis pun takde gak yang dapat hadiah selalu.

iphone5

Alhamdulilah, setakat ini, setelah aku berusaha keras dengan sekeras-kerasnya dalam masa 5 tahun menulis blog, sebagai full time blogger, aku kini mendapat hadiah dari hasil kesungguhan itu.

Terima kasih kepada yang menghadiahkan aku sebuah iPhone 5, eh, iPhone 5 belum keluar lagilah. Yang aku maksudkan ialah iPhone 4S yang baru je keluar beberapa bulan lepas. Hadiah ini sempena dengan ulangtahun budiey.com ke-5.

Aku tak mengharap pun apa-apa balasan tapi bila dah orang kasi, takkan aku nak tolak, ye ke tidook?

Mungkin tahun depan aku dapat hadiah kereta Mercedes pulak, sape tahu kan?

UNITED KINGDOM

Esok aku akan terbang melayang ke Manchester, United Kingdom. Tiket dah pun ditempah awal-awal. Aku akan menaiki Emirates Airlines. Ternyata, ia membuatkan aku rasa lega. Aku pernah sekali menaiki Emirates Airlines semasa mahu ke Brisbane, Australia. Kepuasan lahir dari servis & kemudahan Emirates yang membuatkan aku rasa terpikat dengan segala yang ditawarkan.

Harga tiket pergi balik KL - Dubai - Manhester dalam RM3850. Aku dapati tiket ini lebih jauh murah dari tiket MAS. Jadi, aku nasihatkan, korang survey dulu sebelum tempah tiket.

Oh, ini kali kedua aku ke United Kingdom. Dah lama sebenarnya tak ke sana. Kali terakhir pun, aku ke Kota London untuk menonton Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall pada tahun 2005 kalau tak silap.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Popular Posts