Jumaat, 6 Januari 2012

HONG KONG DISNEYLAND

Sekarang ni, aku berada di Hong Kong dah pun. Untuk kali kedua dalam hidup.

Yang best, aku boleh datang berdua dgn wifey. bestlah! Semua ditaja sebenarnya. Hidup kita, hidup sesiapa sahaja pun, memang sedap ya amat kalau semua ditajakan?

Yang tak best, kena bertolak awal pagi ke LCCT. Adus, dahlah aku banyak kerja kena settle. Nak tak nak kena langsaikan semuanya. Jam 3 pagi bertolak ke KL Sentral, nasib baik ada teksi. Mulanya, aku suruh wifey call teksi.

Tapi taxi centre cakap, teksi dah takde masa tu. Giler kitorang cuak. Panik. Nasib baiklah ada teksi yang lalu. Tapi sekali datang, dua buah teksi sampai.