Wednesday, January 4, 2012

KRABI

Hari ni, dah pun sampai hari ke-3 aku atas kapal Super Jam 11 pagi, kami sampai di Pulau Krabi dengan menaiki bot. Jam 11.30 pagi, kami sampai kat pantai Ao Nang. HarGa barang kat sini aku rasa mahal. Aku sempat tukar mata wang RM100. Dapat 930 bath. Kemudian, jam 12.45 tengahari kami ke Krabi Center. 40% penduduk kat sini adalah muslim. Rata-ratanya mereka terlibat dengan bidang pelancongan. Jam 1.40 petang kami berhwnti makan di sebuah restoran. Dekorasi nampak lama tapi tandasnya cantik. Jam 2.15 petang, kami bertolak ke Krabi Town. Perjalanan memakan masa 20 minit. Tapi sampai di Krabi Town, takde apa yang menarik pun sebenarnya. Singgah pun kat Vogue, sebuah shopping mall terbesar la kot kat pekan tu. Ada KFC & restoran setaraf Starbucks. Mengalahkan pekan Bachok la pulak kan? Tapi sayangnya, tak banyak sovenir dijual kat sini. Ada la satu kedai yang jual baju T Krabi tapi tak bermutu sangat, harga Jam 8 malam, aku dah berada dalam Four Season Restaurant untuk Gala Dinner. Masakan dan hidangan pun memang sangat best dan lain sikit. - Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts