Ahad, 4 Disember 2011

ARTHUR CHRISTMAS

Hari Ahad, hari minggu. Pagi duk rumah je. Tengahari baru aku keluar ke Suria KLCC untuk tengok wayang. Boleh dikatakan setiap hari aku datang sini sejak aku dihadiahkan Kad VIP di mana aku dapat menonton wayang secara percuma selama setahun. Mana-mana movie pulak tu, tak kira movie tu baru keluar pawagam atau dah lama keluar. Memang best. Cuma aku kena bayar parking kereta je la kalau nak datang sini pun.

Oh ya, sebelum keluar, aku sempat tonton Melodi yang memaparkan trip Korea bersama Siti Nurhaliza yang lepas. Ada la nampak muka keluar beberapa saat, dan lepas tu, aku ada terima mention twitter dari beberapa pembaca yang kenal alu, diaorang pun turut sama menonton Melodi.

Kenangan bersama bintang popular tu memang sangat berharga dan manis gak la bagi aku.

Sekarang ni aku tengah beratur utk dapatkan tiket Arthur Christmas, jyeeeaaaah!

- Posted using BlogPress from my iPhone