Thursday, December 29, 2011

TENTANG DHIA

Setiap hari adalah hari yang sibuk. Hingga aku tiada masa untuk diri sendiri. Tambah lagi dengan kerja-kerja untuk persiapan Party Ulangtahun Budiey.com ke-5 nanti. Terlalu banyak kerja yang terpaksa aku buat. Ya, aku buat semuanya seorang diri. One Man Showlah katakan. Terpaksalah aku telan. Letih bagai nak pengsan ke, itulah yang aku kena hadapi bila sampai bulan Januari.

Untuk pengetahuan pembaca semua, (eh, ada ke pembaca blog jurnal ni?) oklah, kalau takde pembaca pun, olok-olok ada orang bacalah blog yang bersawang ni. Okay, kita teruskan bicara kita, untuk info, tarikh sebenar aku kena sambut ulangtahun budiey.com ialah pada tanggal 7 Januari setiap tahun. Tapi biasalah, takde nyer aku nak buat tepat-tepat pada hari 7 Januari tu. Pasti tergelincir jauh gak la. Macam tahun lepas gak, tahun ini aku kena buat dipenghujung Januari iaitu 21 Januari 2012.

Pada pagi tadi, aku mendapat pengesahan bahawasanya lokasi untuk party budiey.com dibuat di Aristo, Zouk KL. Aku kenal dan selalu ke Zouk KL. Bukan untuk berparty atau berclubbing tapi sebab ada event kat situ. Selalunya, ada event Astro kat situ. Tak pun selalunya, tiap-tiap tahun Blu Inc ada buat Party EH! kat Zouk KL. 

Isunya bila aku buat party kat situ, ramai gak la pembaca yang bertudung rasa tak senang. Sebenarnya, bini aku pun tak senang. Apa kata dengan famili aku yang lain. Tapi tu lah, fikir-fikir balik, aku tak guna katering kat situ sebab katering dari luar. 

Lagi satu isu apabila ada ura-ura aku kena minta permit dari DBKL. Kononnya jika perhimpunan tu melebihi 100 orang, dengar-dengarnya kena apply. Jadi, untuk menjawab persoalan ini, aku menghubungi DBKL sendiri. Aku pun call dengan menggunakan nombor yang diberikan oleh seorang kawan. Apabila aku cakap yang aku nak buat Party Ulangtahun kat Zouk dan takdelah nak tampal poster atau banner kat tepi jalan atau sampai kena tutup jalan, DBKL jawab, aku tak perlu nak apply pun. So, apa ke hellnya nak apply kalau benda tu tak perlu buat pun. DBKL sendiri yang cakap kat aku yang semua tu kena berurusan dengan Zouk KL sebab aku nak berparty pun kat dalam tu, bukan kat luar. 

Okay, isu tu rasanya ditutup setakat itu sebab aku tak nak buang masa dengan benda yang tak perlu aku buat. Banyak lagi kerja yang aku kena settle. Aku harap benda ni tak jadi isu yang besar.

Hari ini, aku terpaksa poteng beberapa event. Dari pagi ke petang, banyak labur masa untuk promote Party Budiey. Alhamdulilah, tajaan yang aku dapat sangat banyak. Rasanya lagi banyak dari tahun lepas. Syukur pada Tuhan.

Jam 5 petang, aku ke Mid Valley. Lepak dan hang out. Best gak sekali sekala hang out sambil melihat orang sekeliling.

Tentang Dhia episod akhir pada hari ini aku tonton melalui aplikasi 1Malaysia TV. Nasib baik ada teknologi canggih macam nih. Senang, duk kat luar pun still boleh tengok penamat Tentang Dhia. 

Jam 8 malam, aku bertemu dengan wakil Astro yang mana telah memberikan aku hadiah goodies untuk Party termasuklah 2 buah kamera Olympus untuk hadiah cabutan bertuah. Bestnya sape-sape dapat.

Jam 9 malam, aku dah sampai rumah. 

Tuesday, December 27, 2011

ULASAN

Hari ini adalah hari malas sedunia. Tapi dalam malas-malas aku pun, boleh siapkan satu ulasan filem. Itu pun aku siapkan last minit dan ianya berbayar. Kalau tak dibayar takdela aku beria-ia siapkan cepat-cepat. Lega sikit bila kerja dah siap. Yang tak best bila

KEM

PROGRAM KEM IBADAH KANAK-KANAK SIRI 1/2012 SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN ANJURAN MASJID NEGARA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) PADA 9 MAC SEHINGGA 11 MAC 2012


Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara dengan kerjasama Syarikat BMQ Training telah menganjurkan Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012 bermula 9 Mac sehingga 11 Mac 2012 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Program tiga hari dua malam yang bertemakan “Menggilap Potensi, Mengecap Prestasi” ini disertai kira-kira 156 orang pelajar yang terdiri daripada 88 pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan yang berusia antara sembilan tahun hingga berusia 12 tahun.

Antara objekitif utama Program ini dijalankan adalah untuk:
· Melahirkan peserta dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji
· Menanam rasa kasih sayang peserta kepada Allah S.W.T., ibu bapa dan Negara.
· Menanam kesedaran dan kefahaman dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan solehah
· Mendapat tips-tips bagaiaman menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
· Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim
· Membangkitkan kesedaran untuk melakukan perubahan positif dalam hidup
· Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial
· Memberi kefahaman akan kepentingan ibadah dalam kehidupan
· Mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia di sebalik suruhan Allah S.W.T.

Antara pengisian sepanjang Program ini berlangsung ialah:
· Bengkel
- Pembinaan Kumpulan Terhebat
- Membina Matlamat dalam Kehidupan sebagai Remaja Muslim,
- Persahabatan dalam Islam
- Pengukuhan Wudhu dan Solat
- Mengukir Akhlak Meraut Budi
· Team Building
· Halaqah
· Tadarus Al-Quran
· Solat Berjemaah
· Beriadah dan treasure hunt
· Laman Nurani
- Mengenal Diri Mengenal Allah
- Kepentingan Ilmu Pengetahuan
- Jom Kenali Islam
- Peranan Remaja dalam Memajukan Ummah

Semasa Majlis Penutup Program ini yang dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Ehsan bin Mohd. Hosni yang juga Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara menyatakan bahawa Program ini di rangka khusus bagi membantu kanak-kanak membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia di samping meningkatkan motivasi peserta, serta bagi membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menyertai Program ini.

Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 2/2012 akan diadakan sekitar bulan Mei 2012 yang akan datang dan diharapkan Program tersebut akan mendapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai terutamanya ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka menyertai Program sebegini.

KUSUT

Fikir tentang hidup. Sebenarnya tak perlu nak fikir sangat sebab hidup ni cuma sementara sahaja.

Sekarang, aku susut dan kusut!

Cakap pasal kusut, aku sekarang tengah berkira-kira untuk menjual gadget yang aku dapat FREE ni.

Budiey nak jual barang ni, agak-agak berapa RM korang nak beli?

Agak-agak berapa korang nak beli?





DISEMBER

Kini Disember penamat segala bulan menjengah. 2012 terasa sangat hampir mengejar aku dari belakang.

Sunday, December 4, 2011

ARTHUR CHRISTMAS

Hari Ahad, hari minggu. Pagi duk rumah je. Tengahari baru aku keluar ke Suria KLCC untuk tengok wayang. Boleh dikatakan setiap hari aku datang sini sejak aku dihadiahkan Kad VIP di mana aku dapat menonton wayang secara percuma selama setahun. Mana-mana movie pulak tu, tak kira movie tu baru keluar pawagam atau dah lama keluar. Memang best. Cuma aku kena bayar parking kereta je la kalau nak datang sini pun.

Oh ya, sebelum keluar, aku sempat tonton Melodi yang memaparkan trip Korea bersama Siti Nurhaliza yang lepas. Ada la nampak muka keluar beberapa saat, dan lepas tu, aku ada terima mention twitter dari beberapa pembaca yang kenal alu, diaorang pun turut sama menonton Melodi.

Kenangan bersama bintang popular tu memang sangat berharga dan manis gak la bagi aku.

Sekarang ni aku tengah beratur utk dapatkan tiket Arthur Christmas, jyeeeaaaah!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 2, 2011

DELHI

Banyak perkara yang menarik yang berlaku dua tiga menjak ni. Nak aku katakan ianya satu rezeki pada Tuhan, yes sudah tentu ia memang dah ditetapkan untuk aku.

Paling menarik aku rasa, setiap bulan aku dapat melancong ke luar negara. Tahun 2011, memang tahun rezeki untuk aku melancong. Tahun ini saje, aku dah ke New Zealand, Hong Kong, dua kali ke Korea, ke Bangkok, ke Phuket & Krabi, ke Singapore, ke Brisbane untuk tonton Konsert Katy Perry, ke Gold Coast utk berbulan madu.

Terbaru, aku ke Korea bersama
bersama Dato' Siti Nurhaliza. Kalau tanya pada aku best ke tidak, pasti aku akan kata, sangat best! Sape yang tak nak join kan? Sebab aku diberi pilihan samada mahu ke Korea atau ke Jepun. Aku serba salah sebab aku belum pergi ke Jepun lagi, dan aku nak sangat untuk ke sana. Tapi tu lah, bukan ada artis yang ikut pun. So better ikut trip Simplysiti walau pun aku dah ke Korea bulan sebelumnya.

Bulan depan, aku akan ke Delhi, India dan bulan January pulak aku akan ke Hong Kong dengan isteri aku lagi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

TOM TOM

Hari ni dah pun hari Jumaat. Masa sangat limited giler dah sekarang ni. Banyak benda yang aku kena buat dalam satu jumlah masa yang terhad. Walaupun berilah 1000 jam sehari pun, aku rasa belum tentu dapat perfect segala kerja


- Posted using BlogPress from my iPhone

Popular Posts