Isnin, 19 September 2011

PHUKET

Minggu lepas aku dihubungi 8TV, ajak aku untuk ikut Trip Media nak kapal Star Cruise Libra belayar ke Pulau Phuket & Pulau Krabi selama 4 hari.

Jam 6 pagi aku bangun. Siap-siap untuk ke Sri Pentas. Lepas pastikan semua barang dibawa, aku terus keluar, dihantar oleh isteri ke Sri Pentas. Nasib baik jalan hari ini sangat lengang. Tak sampai 15 minit, aku sampai di Sri Pentas.

Tak perlu tunggu lama sebab aku sampai je, bas dan media dah ready nak gerak.

Jam 8 pagi bertolak ke Penang. Nanti kami akan berhemti kat Rawang untuk sarapan.

Jam 8.30 pagi, sampai di Hentian Rawang. Setengah jam je. Makan nasi lemak sama horlick panas. Makan minum semua ditaja oleh 8TV. Tq 8TV.

Jam 9 pagi, bas mula bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke pelabuhan.

Selain ditemani 4 orang PR 8TV, bersama kami juga adalah beberapa orang hos & selebriti 8TV. Tapi takde satu selebriti pun yang aku kenal.

Dalam bas, aku sempat tidur jap masa diaorang ni pasang movie lakonan Jodie Foster. Dan sekarang layan pulak filem Zombieland. Ganas betul citernya.

Jam 12.30 tengahari, kami dah sampai di Pulau Pinang.


- Posted using BlogPress from my iPhone