Monday, September 5, 2011

CONTAGION

Hari ini dah pun hari Isnin. Toleh pada jadual, tiada event yg perlu aku hadiri. tapi tak bermakna aku boleh goyang kaki. Dalam list tugasan, berderet-deret artikel dan advertorial yang perlu aku siapkan. Mengeluh pun tak guna sebab aku kena siapkan jugak hari ini.

Kononnya, nak gak aku cuti hari ni dan esok. Tapi tak dapatlah. Esok aku kena gi ke lokasi rakaman Carta Blockbuster untuk rebiu filem. Lina dari KRU dah call tadi cakap, call time esok ialah pada jam 12.30 tengahari. Sedangkan dia pun tak tahu filem apa yang patut aku kena rebiu esok. Ikut pada pendapat aku, mahu aje aku rebiu filem Contagion yang mana aku kena tonton esok pagi kat Mid Valley.

Pendek kata, esok adalah hari yang sibuk giler sebab sebelah paginya tu, aku kena hantar adik ipar aku ke UIA sebab dia kena register kat sana. Dijangka aku kena bertolak dari rumah ni jam 8 pagi. Dalam jam 10 pagi aku kena ke Mid Valley terus untuk tonton Contagion. Then, jam 12.30 tengahari terus kena rebiu. Kerlast giler kerja cam tu, kan?

Pagi ni, aku siapkan advertorial. Siap satu, aku terus hantar then postkan beberapa berita dalam budiey.com. Jam 2 petang, aku drive kete ke Sentul Boulevard untuk cash out duit dari akaun Google Adsense aku sebanyak RM1,128 cam tu. Cukuplah untuk bayar rumah sewa sebanyak RM770. Then, beli itu dan ini.

Kemudian, aku letak kereta. Terus naik LRT & monorail untuk ke Bukit Bintang. Kat sana, tempat pertama aku tuju ialah salon rambut. Orang lain gunting rambut sebelum raya, aku lepas raya baru sibuk nak gunting. Memang tahun ni aku tak sempat langsung nak gunting rambut. Punyalah sibuk sangat. Tapi aku rasalah tahun lepas lagi meriah la aku beraya sebab ntah, may be tahun ni tak banyak dapat duit raya dan hamper kot.

Jemput makan Nandos ya

Lepas gunting rambut, aku shopping kat Seed. Aku beli tali pinggang atau mat salleh called it belt? Hahaha, Seed punya brand ni lama dah aku tak beli pun. Asyik shopping kat butik Adidas dan Zara je. So, aku rembat belt Seed dengan harga RM109 dan juga aku berkenan dengan baju kemeja petak-petak Seed yang mana aku decide untuk pakai masa rakaman Carta Blockbuster esok. Harga dia RM139.00. Tapi aku dapat rebate RM30. Kira okaylah tu. Tengokla, dapat duit dari Google Adsense terus belanja sakan. Aku ada satu lagi benda yang aku gian sangat nak beli iaitu kasut baru Adidas - Porsche. Harga dia bapak kau mahal... RM499. Tengoklah, ada duit lebih sikit nanti aku nak beli lah.

Seed Normal Sundries Brown RM109

Kemeja Seed saiz XL RM129

Lepas shopping, aku makan nasi kat Nandos. Bawak pulang ayam Nandos untuk Sayang jugak. DIa kata nak kena makan sebelum berpuasa malam ni. Esok kena check kandungan dan jumpa doktor di Klinik Ibu dan Anak. Harap semua okaylah esok sebab dia pergi sendiri, aku lak kena gi UIA Gombak.

Nandos Take Away

Beli & Belah


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts