Sunday, September 4, 2011

AIDILFITRI 2011

Lebaran mulia tiba jua di halaman diari hidup ini. Tirai Ramadan 1432 hijrah telah pun dilangsiri. Kini Syawal menjelma dengan sejalur sinar bahagia. Alhamdulilah, syukur pada Tuhan kerana masih memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat Ramadan yang penuh barakah, untuk aku mengecapi bahagia dan untuk aku menikmati betapa indahnya Syawal yang mulia.

Cepatnya masa berlalu. Hari ini dah 3 Syawal, aku berada di rumah mak mertua di Kampung Dendang, Ketereh. Semalam, meriah sungguh kat sini bila semua berkumpul sambil bakar ayam barbeque. Best! Aku sempat makan beberapa ketul ayam drumstick & sosej. Cepat betul kenyang. Apa tak, lepas makan seketul, aku minum air.

Tahun ni, Maisarah balik kampung hari raya pertama. Terpaksa berpisah la dengan Abe Alif. Huhu... Love Alif, kan, Maisarah? Alia Maisarah Love Alif - Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts