Rabu, 3 Ogos 2011

LOREAL

Jyeaaa kerana diriku begitu berharga! Huhu, ya, sekarang Budiey berada di pelancaran produk terbaru L'oreal. Dalam press kit yang aku terima ni, ada dua produk baru iaitu bedak asas dan krim mata akan dilancarkan.

Majlis pelancaran ni diadakan di Concourse Ground Floor Mid Valley pada jam 2 petang. Jadi jam 1 aku dah kena gerak awal sebab faham-faham sendirilah keadaan parkingnya macamana. Sangat pack! Tapi bila aku sampai tu parking level P4 tu dibukak. Mujurlah!

Lepas tu aku cari surau untuk solat. Lokasinya, kat lorong ke Mid Valley dari The Garden tu ada Makan Place, surau tu ada kat sebelah kanan je. Kebetulan ada dah orang jemaah kat situ, so aku follow je lah.

Jam 2 petang event Loreal belum start sedang aku masih lagi kat sini dgn kak Fariza dari Majalah Perempuan. Bosan giler menunggunya, aku coret coret diary nih.

Malam ni, aku sebenarnya plan nak ke Majlis Berbuka TuneTalk kat Restoran Rebung. Tapi aku ada plan lain, aku mahu ke Hotel Dorsett Regency untuk food review juadah berbuka puasa kat sana. Nak tahu best ke tidook, tunggu review budiey kat Budiey.com.

Jam 2.40 petang, pelancaran produk White Perfect Micro-vibration EYE bermula. Dengan ucapan & presentation yang melibatkan Vanidah Imran dan si gorgeous yang aku minat giler, Maya Karin.

Eh muka Maya Karin nampak berisi sikit. May be lama sangat kat Amerika Syarikat kot. Huhu, jangan pulak nanti ada yang buat cerita mengarut Maya Karin guna botox pulak. Huhu, lantak dia la nak guna apa nak buat muka ke. Takde kena mengena dengan kita pun.


- Posted using BlogPress from my iPhone