Jumaat, 5 Ogos 2011

HORIBBLE BOSSES

Hari ini dah 5 Ogos. Sudah 5 hari aku memasuki usia 36 tahun. Hayya, 4 tahun lagi, aku akan memasuki era usia 40 tahun. Alamak, anak zuriat masih takde lagi ni. Risau jugak aku. Dulu aku ingat macam senang je buat anak, tapi hakikatnya susah juga kalau benih tak menjadi.

Tinggal dulu pasal anak sebab aku tak fikir sangatlah. Kalau ada rezeki dari Tuhan tu adalah, kalau takde nak buat macamana. Bikan aku boleh paksa Tuhan. Cuma sebagai hamba kita berdoa je.

Tengok pada jadual aku kat iCal hari ni, mmm... Nampaknya tak merasa aku nak melepak duk rumah macam semalam. Padahal semalam tu, jadual aku ada 2-3 event jugak tapi aku agak malas nak keluar rumah. Termasuklah aku ponteng event penting iaitu Rakaman Mentor Raya 2011 di Sri Pentas 2, Shah Alam. Sebab utama aku takde teman ke sana. Biasa tahun lepas aku ajak Ariel MuzikFM. Tapi Ariel ada shooting pulak dengan Media Hiburan. Artislah katakan.

Kisahnya, aku tak dapat bahan apa-apa. Habuk pun tarak! Tapi tak apa aku rasa SEO tak jatuh semata-mata aku aku tak attend satu event. Huhu, ayat selamat punya pasal.

Sahur tadi aku makan ala kadar je. Lauk pun lauk semalam punya, ayam tandoori sama ikan gulai yg mana menurut bini aku, gulai tu tak bersantan.

Sekarang aku berada di Masjid ibni Al-As. Adush pakcik sebelah aku ni asyik hembuskan hingus dia je. Aku rasa benar- benar terganggu. Nak lagi bila yg dihembusnya tu keluar bersama dengan hiingus dan tahi hidung. Yaaarkhhh!

Jam 10 pagi tadi, aku ke Media Prebiu Filem Horrible Bosses di GSC Mid Valley. Ini kira filem pertama aku tonton di bulan puasa. Teringat pulak kisah-kisah lama. Masa aku mula-mula jadi blogger 3-4 tahun lepas. Masa tu kawan-kawan ramai gak la yg join. Sekarang aku boleh lihat lepas sorang-sorang kawan media bawa haluan masing-masing. Tak ramai yang mahu bertahan lama macam aku. Aku rasa bertuah sebab Tuhan masih kurniakan rezeki melimpah ruah untuk aku dalam industri ini.

Berbalik kepada filem Horrible Bosses, aku rasa filem ni sgt pshyco & lawak habis. Sejam 20 minit rasa tak membosankan sangatlah. Jalan cerita pun menarik. Story pasal 3 orang lelaki yang ada masalah dengan boss diorang. Masing-masing bengang dengan boss lalu merancang utk prank boss diorang. Pelakon semuanya best dan femes.

Keluar dari hall, Azmi & Zuan wartawan Melodi cakap nak suruh aku komen pasal filem
Ni. Aik bila masa diorang ni cover filem Hollywood ni? Ooh rupanya, diorang ada program baru, Jom Ke Panggung. Mmm, lebih kurang macam Carta Blockbuster










- Posted using BlogPress from my iPhone