Sunday, August 28, 2011

BALIK KAMPUNG

Dua hari berturut-turut kesabaran aku diuji. Pertama dengan kerenah manusia yang tak tak reti nak hormat orang lain dan keduanya, misi mencari Baby Ashraf yang tak jumpa-jumpa sebab tersalah info semalam.

Okay sekarang ni pun bukan boleh hela nafas lega sebab pada hari ini aku dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya.

Menempuh jalan yang sesak sepanjang perjalanan untuk ke Kelantan ini aku rasa antara jammed paling teruk pernah berlaku. Bayangkan jalan sesak dengan kereta dari Kuala Lipis hinggalah ke Gua Musang.

Kalau kereta bergerak dalam 50km/sejam pun dah kira okay. Tapi ini memang tak gerak langsung. Fuuhhhh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts