Rabu, 30 Mac 2011

ROSSA

Sekarang, aku baru sampai di IL PRIMO. Pertama kali sampai sini. Tempat lepak yang best. Nyaman. Kawasan parking pun besar. Tak payah nak masuk basement.

Kat sini sekarang ni, ada pelancaran album Rossa. Rasanya ini kali kedua aku jumpa Rossa. Kali pertama masa Rossa launching album kat Hotel Royal Chulan. Tapi masa tu Maxis yg jemput aku. Kali ini Celcom pulak yang taja. Cuma yang jemput aku pR Suria Records. Sebenarnya, ini kali pertama diorang jemput secara officially.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 20 Mac 2011

BIAR BETUL

Jadi blogger, kita kena selalu alert. Mata lihat, minda menganalisa. Jiwa merasa. Sering, aku tewas bila hati dan perasaan ku tewas. Tak stabil. Bila tak stabil, sikit sebanyak akan buat tulisan kosong. Tanpa isi yang bermutu dan merugikan.

Semalam, aku ke Sogo KL untuk ambil gambar dan video untuk bikin advertorial dari Harian Metro. Diberikan secara tergesa-gesa dan aku diberi masa sehari untuk selesaikan advertorial berbayar ini. Aku terima cabaran. Bukan pertama kali pun kerana sebelum ini aku pernah diberi assignment on the spot. Tak payah nak tanya berapa aku dibayar oleh Harian Metro. Tanyalah kenapa aku terima tawaran itu. Berapa aku dibayar itu sebenarnya private & confidential. P&C. Mana boleh cakap!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sabtu, 19 Mac 2011

FUGEN

Semalam tidur lewat. Jam 3 pagi. Buat entri & sembang dengan bini. Bangun semula untuk solat Subuh jam 6 pagi. Badan sangat lesu, muka pun lesi. Tidur semula. Tup tup terjaga bila terdengar iPhone 4 ku berdering.

Ku cuba angkat, di hujung talian, suara Xavier bertanyakan samada aku datang atau tidak event launching FuGen. Alamak, baru aku teringat! Cepat cepat aku bingkas dan bersiap. Ku ajak Sayang, tapi dia tak dapat ikut dalam suasana yang kelam kabut macam ni.

Sekarang, aku selamat sampai di Ballroom The Gardens. Pelancaran dah berlangsung. Perutku lapar. Belum sarapan. Lepas demonstrasi product & makan aku nak pulang cepat sebab tengahari nanti ada Flashmob Harian Metro kat Pertama Complex.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 18 Mac 2011

SEKSI

Seksi itu satu elemen yang sangat subjektif. Seksi dari mata si tukang lihat akan ada satu tarikan. Pertama, rasa muak dan kedua, mungkin akan rasa tertarik lalu suka.

Dalam pada aku bercakap pasal seksi ni, ada seorang artis baru lalu depan aku. Lenggoknya persis model ternama. Wajah manis, kulihat dan ku renung. Hingga satu titik, biji mata tertumpu pada baju yang dipakainya. Wow, biji mataku tertojol. Fuh seksi ya amat.

Oh! Mungkin begini strategi pelakon baru nak popular dengan cepat. Bila pakai seksi hingga ternampak 80% isi buah dada, maka wartawan akan dekat. Nama akan disebut di blog gosip. Sekelip mata, nama terus naik.

Sepanjang 4 tahun menjadi pemerhati dunia seni, aku dapat lihat berapa kerat artis baru cuba jual aset asli untuk naikkan nama. Dan berapa kerat juga artis yang cepat naik lalu cepat pula turun. Berlakon tak seberapa, bakat cetek dan yang luaknya pula kisah dan cerita kontroversi di dada majalah.

Aku rasa, artis yang tengok tadi akan popular esok hari tapi tengoklah lama mana.


- Posted using BlogPress from my iPhone

GOLDEN GOLD

Petang menginjak senja. Minda berkali-kali mengingatkan aku yang aku masih bercuti. Namun realitinya, tiada perkataan CUTI dalam kamus hidup aku.

Petang di rumah, aku buat kerja. Siap. Lalu hantar. Kali ini aku nak sispkan untuk seminggu aku di Australia. Banyak jugak. Tapi kalau ada content semua jadi senang.

Balik dari event Maxis tadi, aku singgah di Sg Wang untukar wang Australian Dollar. RM2,000 sama dgn AUS652. Memang tinggi dan sangat mahal. Patutlah ramai kawan aku yang pergi sana terpaksa ikat perut. Makanan semua mahal.

Tak pe, aku ke sana sebenarnya dapat voucher penginapan dan penerbangan dari AirAsiaGo. Cuma aku bayar tax dalam RM490 dan kena apply Visa Australia RM60 untuk seorang.

Sekarang, mentari dah tenggelam. Aku sedang duduk termanggu di kerusi rehat di ruang lobby Hotel Le Meridian. Best! Sekali sekala melihat mentari terbenam di depan ku.

Sekejap lagi aku mahu naik di tingkat atas. Ada Malam Gala Golden Gold Rafflesia. Lebih kurang 50 selebriti akan turut hadir dengan pakaian bertemakan keemasan. Aku baca kat Twitter tadi, Elaine Daily akan pakai baju Rizman Ruzaini.

Cakap pasal pereka ni, dah ada dua orang designer yang nak sponsor baju raya untuk aku dan wife. Baik sungguh hati mereka. Dengan blogger picisan macam ni pun nak sponsor.

Apa-apa pun, aku hatus berterima kasih buat mereka. Prinsipku senang, kalau dia boleh sokong kita, kenapa kita tak boleh tolong dia. Tak gitu?



- Posted using BlogPress from my iPhone

NEXUS S

Sekarang, aku menaip ni di Dome Cafe, Pavilion KL.

Walaupun aku istihar cuti selama 14 hari, tapi hari ini aku mesti hadir di Pelancaran Nexus S anjuran Maxis, Samsung dan Google.

Memang hebat. Tadi ada cabutam bertuah. Cuma 2 buah Nexus S diberikan kepada media.

Semalam dan hari ni memang banyak events. Aku sekadar pilih events tertentu sahaja. Aku kan ambik cuti rehat. Tapi kat rumah kena buat kerja jugak.

Bayangkan aku kena buat content untuk srminggu sebab aku kena bercuti di Gold Coast, Australia. Nak tak nak, terpaksa buat jugak. Dah jadi tanggungjawab!


- Posted using BlogPress from my iPhone

THE SMURFS

Asalnya, aku suka benar dengan kartun animasi yang penuh nostalgik, The Smurfs. Tertunggu-tunggu aku dengan filem ini yang akan memasuki pawagam pada bulan September ini. Lambat lagi lah. Tapi kegilaannya sudah mulai aku rasai. Semalam, aku dah join game The Smurfs di iPhone4.

Penyakit ini sebenarnya adalah satu pembuangan masa. Bermula dari bini aku yang suka benar main games di iPad. Lalu, ia menular kepada aku.

Sekali main games ni, memang seronok dan aku jadi ketagih. Masa membazir pun aku tak peduli dan aku tak rasa semua itu.

Yang penting, aku dah membina sebuah kampung The Smurfs yang aku rasa aku bertanggungjawab untuk buat ia lebih berkembang pesat dan membangun.

Aku namakan kampung ku itu... Budiey The Smurfs Empire!

Hehehe, yo yo yo ah je!

Khamis, 17 Mac 2011

CUTI

Setelah berpenat lelah, aku rasa aku perlu mengambil cuti untuk berehat. Mulai semalam, aku dah minta dengan boss cuti. Lalu bossku yang baik hati itu telah membenarkan aku untuk berehat buat sementara waktu.

Tak lama, aku cuma bercuti selama 2 minggu. 14 hari, satu jangka masa yang sangat panjang sebenarnya bagi aku.

Namun, aku mengharapkan pembaca masih lagi membelek budiey.com seperti hari-hari sebelum ini.

Bercuti tidak bermakna budiey.com akan kosong. Tetap seperti biasa, ada story untuk dibaca.

Dalam tempoh percutian ini, aku mengambil masa untuk merancang strategi baru. Dunia dah berubah sangat pantas. Pemikiran manusia dah tak macam dulu. Sekarang dah lain. Totally lain.

Aku harap, dengan perancangan baru ini, hidup aku semakin tenang.

Selamat bercuti buat diri sendiri!

Ahad, 6 Mac 2011

KONSERT SURIA FM

Sebelum ke Konsert Kemuncak Suria FM, aku singgah makan petang di Restoran Hidayah, ekceli bukan petang dah sebab tengahari aku tak sentuh nasi sebijik pun.

Kali ini, my wife order ikan masak stim. Sedap. Ini kali ketiga kitorang belia kat sini. Harga dia lebih kurang RM30 sekor. Mahal tapi berbaloilah dengan sedapnya tu.

Selasa, 1 Mac 2011

SORRY

Salam terindah buat semua.

Mohon kemaafan terindah kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Blog ini terbiar kosong dengan jarak masa yang sangat lama.

Harap blog jurnal ini tidak berkubur.

Untuk buat blog, bukan satu kerja yang mudah. Kita perlu ada komitmen dan masa.

Tiada kesungguhan dan kesuntukan masa membuatkan kita alpa pada tugas. Cinta pada blog seperti kita cinta pada diri sendiri. Harus membaja dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.

Hari ini, aku akan menonton filem Mars Need Moms in 3 D di Mid Valley. Kemudian, langsung terus ke One Utama untuk mengikuti showcase Mentor musim terbaru di sana.

Tak sabar nak tengok wajah-wajah baru peserta Mentor. Siapalah agaknya yang mentor ni pilih untuk jadi protege mereka.

Tapis peserta bukan main lagi susah. Rahim Maarof sampai dua tiga kali buat ujibakat, masih tak jumpa dia punya protege. Sangat details dan sangat berhati-hati. Takut yang dipilih tu bukanlah berbakat sangat pun, tapi nak glamer je lebih.

Harap semua sihat. Aku sayang semua orang yang baca blog jurnal ni.

Love you all. Muah muah muah