Thursday, August 26, 2010

HALF RAMADAN

Punyalah susah menaip guna iPad nih. Posisi badan nak kena betul. Jari jemari nak kena berada elok-elok di atas skrin. Kalau tak semua huruf yang aku taip lari berselerakan. Tapi tak pe, kena belajar dari kesilapan.

Hari ini dah pun hari Khamis. Menandakan esok hari Jumaat. Kih Kih Kih. Saje nak sakat korang yang selalu datang sini. Dahlah blog nih tak selalu diupdate. Sekali datang, hampeh... Takde apa pun kat sini. Korang nak tahu apa sebenarnya?

Semalam, penantian telah berakhir. Setelah aku berusaha, berhempas pulas kerana ditipu oleh Syarikat Pengedar Toyota Pavilion Moto Sdn Bhd, akhirnya, aku telah mendapat kembali hak aku sebagai pembeli dana pengguna.

Jam 3 petang, seperti yang dijanjikan, aku ke Toyota UMW untuk mengambil kereta Vios G yang telah aku order. Nasib baik salesman yang bernama Lina tu mmg profesional orangnya. Eh, sorry Lina tu perempuan ya so aku kenalah panggil dia salesgirl. Hehe. Tapi aku memang tabik spring dengan si Lina ni bekerja. Sangat cepat dan efisen. Tak mustahillah Lina ni dapat top sales kat branch Toyota ni.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa menerima kunci kereta Toyota Vios G yang aku tempah 4 bulan lalu. Perasaan aku sangat bercampur baur.

Setelah Lina terangkan secara ringkas pasal kereta, aku pun ke Eco Tint untuk bayar tinted cermin dengan security film dan solar film sebanyak RM 1600. Harga sebenar ialah RM2400. Agak mahal jugaklah tapi okaylah dengan mutu dan kualiti brand solar film ni. Agak berpuas hati setakat ni.

Aku ke Eco Tinted tu dengan manager Eco Tinted, nama dia May. Sangat peramah dan tak de la nak berlagak diva walaupun dia ni berkereta besar. Cawangannya tak jauh dari Toyota tu. Masa nak bayar tu, wife aku call. Cakap dia dah sampai kat Toyota.

May dengan baik hatinya telah hantar aku balik ke Toyota. Masa tu sessi dengan Lina dah tamat. Tinggal aku jela duk cerita itu ini kat wife apa yang Lina dan terangkan pasal kereta tu.

Takpe, tak faham takpe. Boleh baca manual. Huhu.

On da way balik, ingat nak singgah rumah Ayah G untuk berbuka. Tapi macam dah terlambat jek. So, kami beli makanan berbuka kat depan apartment.


- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

  1. wui...beraya gn keta baru thn ni.. alhamdulillah!!!

    ReplyDelete

Popular Posts