Saturday, August 28, 2010

SINGGAHSANA

Jam 5 pagi, terbangun bila dengar alarm di henset berdering kuat. Tapi entah macamana aku tertidur semula. Sudahnya, aku berpuasa tanpa sahur hari ini.

Nasiblah. Masuk ni, dah 2 kali dah aku tak bersahur.

2 minggu lagi nak beraya, jadi aku kena basuh segala langsir yang ada.

Seperti yang dijanjikan, aku dan isteri akan berbuka di Hotel Singgahsana pada hari ini. Cuma perlu bayar satu kepala sahaja. Untuk aku, dah ada voucher yang aku dapat masa hadir di event kat hotel tu beberapa bulan lalu. Jadi, cuma kena bayar RM62 sahaja.

Jam 2 petang, kami jalan jalan ke rumah Cik Da. Kebetulan hantar abe dan kami singgah di kedai Brothers untuk letak tinted kat cermin depan. Jadi taklah silau nanti.

Sebelum ke Hotel Singgahsana, kami lepak dulu kat sini.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 26, 2010

HALF RAMADAN

Punyalah susah menaip guna iPad nih. Posisi badan nak kena betul. Jari jemari nak kena berada elok-elok di atas skrin. Kalau tak semua huruf yang aku taip lari berselerakan. Tapi tak pe, kena belajar dari kesilapan.

Hari ini dah pun hari Khamis. Menandakan esok hari Jumaat. Kih Kih Kih. Saje nak sakat korang yang selalu datang sini. Dahlah blog nih tak selalu diupdate. Sekali datang, hampeh... Takde apa pun kat sini. Korang nak tahu apa sebenarnya?

Semalam, penantian telah berakhir. Setelah aku berusaha, berhempas pulas kerana ditipu oleh Syarikat Pengedar Toyota Pavilion Moto Sdn Bhd, akhirnya, aku telah mendapat kembali hak aku sebagai pembeli dana pengguna.

Jam 3 petang, seperti yang dijanjikan, aku ke Toyota UMW untuk mengambil kereta Vios G yang telah aku order. Nasib baik salesman yang bernama Lina tu mmg profesional orangnya. Eh, sorry Lina tu perempuan ya so aku kenalah panggil dia salesgirl. Hehe. Tapi aku memang tabik spring dengan si Lina ni bekerja. Sangat cepat dan efisen. Tak mustahillah Lina ni dapat top sales kat branch Toyota ni.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa menerima kunci kereta Toyota Vios G yang aku tempah 4 bulan lalu. Perasaan aku sangat bercampur baur.

Setelah Lina terangkan secara ringkas pasal kereta, aku pun ke Eco Tint untuk bayar tinted cermin dengan security film dan solar film sebanyak RM 1600. Harga sebenar ialah RM2400. Agak mahal jugaklah tapi okaylah dengan mutu dan kualiti brand solar film ni. Agak berpuas hati setakat ni.

Aku ke Eco Tinted tu dengan manager Eco Tinted, nama dia May. Sangat peramah dan tak de la nak berlagak diva walaupun dia ni berkereta besar. Cawangannya tak jauh dari Toyota tu. Masa nak bayar tu, wife aku call. Cakap dia dah sampai kat Toyota.

May dengan baik hatinya telah hantar aku balik ke Toyota. Masa tu sessi dengan Lina dah tamat. Tinggal aku jela duk cerita itu ini kat wife apa yang Lina dan terangkan pasal kereta tu.

Takpe, tak faham takpe. Boleh baca manual. Huhu.

On da way balik, ingat nak singgah rumah Ayah G untuk berbuka. Tapi macam dah terlambat jek. So, kami beli makanan berbuka kat depan apartment.


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 23, 2010

PAY

Hari ini dah pun Isnin. Hari yang pastinya memeningkan. Walhal aku tak banyak kerja nak buat. Tapi ada hal yang perlu aku bereskan. Itulah hidup namanya. Ada masa kita lapang dan ada masa kita diburu kesibukan.

Sabtu lepas, Ani dari Maybank call cakap, aku kena tambah payment. So takyah nak serabut kepala otak fikir pasal cari penjamin. Aku tak suka ada penjamin sebab kalau aku susah, aku tak nak bikin orang lain terheret sama susah.

Eh, Ani tu hari Sabtu pun kerja ek? Bila aku tanya, dia cakap dis terpaksa kerja. Apa boleh buat. Ringan pulak mulut aku bertanya. Dasar busy body!

Jadi, aku hari ini aku kena koreklah mana-mana lubang yang boleh aku korek. Kemudian, aku akan ke pusat jualan Toyota untuk lunaskan bayaran. Laluan untuk merealisasikan impian ini sangst berliku dan beronak. Itu yang dapat aku rasakan.

Di lubuk hati aku dihujani rasa cemburu bila melihat orang lain begitu senang dan cepat mendapatkan kereta mereka. Kenapa aku tak seperti mereka? Jawapan yang sudah tentu sukar untuk aku jawab. Bila ditanya kepada isteriku, dia mula bersyarah tentang hikmah. Ya, setiap susun atur Tuhan di dunia semuanya berhikmah. Dekorasinya sudah ditetapkan dan ianya sungguh cantik pada mata Sang Pencipta. Hanya di mata kita sahaja nampak tak sempurna.

Putus asa... Dua perkataan ini tiada dalam kamus hidup aku.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 20, 2010

SAHUR

Macam biasa, kena jugak bangun sahur. Kalau tak badan rasa lesu. Tekak rasa kering. Ni badan pulak rasa nak selsema. Adoiiii... Tak best lah kalau macam ni. Harap-harap janganlah melarat sangat.

Bersahur ala kadar dengan nasi dan ikan goreng. Tak dilupakan daging dindin kegemaran aku. Hehe...

Argggg... Dah banyak kali dah ni aku bersin... God, tak nak la ginih.

Semalam, aku ponteng event Astro screening Raya. Dah tu, aku rasa jauh sangat buat kat Taman Tun. Kalau event tu berlangsung dalam KL, sure aku join punya.

Minggu depan, minggu ketiga kita berada di bulan Ramadan. Maka, sekarang ni buat masa sekarang, jadual aku dah penuh dengan event. Kadang-kadang dalam sehari, ada 4 event dalam satu masa. Bayangksn macamana aku nak pilih. Semua event best-best pulak tu. Tak dapat tida, kena pilih mana yang dekat, senang nak pergi dan yang paling penting ramai selebriti.

Hari ini, aku terpaksa batalkan untuk ke Prebiu filem Vampire Sucks sebab aku ada dateline dan banyak kerja nak buat. Ya kerja, bukan duk saje saje heheheh.... Macam semalam, aku duk melekat depan TV layan Heroes Season 3 sampai habis... Sampai aku tertidur beberapa kali.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, August 15, 2010

BUFFET BERBUKA

Sabtu adalah hari paling paling best berpuasa. Kerja aku dah siapkan siang-siang. Oh ya semalam aku dapat berita baik. Content yang aku buat tu ada perkembangan baik. Jualannya makin meningkat. Itu pun setelah diorang promote kaw kaw punya. Untuk masa sekarang, jumlah subscriber dah meningkat sampai 20ribu. Aku teruja jugak nak tahu berapa RM untuk report terbaru ni.

Hari ini ingat nak bercuti sepenuhnya. Petang kami plan nak gi shopping kat Tesco. Tak banyak nak beli barang pun. Sekadar nak gi jalan. Kemudian kami singgah rumah ayah G untuk berbuka kat sana.

Sekarang ni aku dah menaip kat ipad ni di rumah Ayah G. Sedang tunggu waktu berbuka puasa.

Pagi tadi, mek ada call. Kata dia sekarang dah takde orang nak teman. Cucu dia buat hal. Kesian pulak aku dengar. Takpelah, tak lama lagi, anak bongsunya akan balik bercuti. Tinggal dalam 15 hari je lagi. Risau gak aku dengar. Kalau Kelantan tu dekat, mahu je aku balik.

Minggu depan ingat nak gi berbuka kat Hotel Singgahsana. tapi kompem ramai yang dah tempah awal-awal. Jadi, tak dapat tidak, aku kena reserve cepat sikit. Specialnya berbuka kat hotel singgahsana ni, selain ada hiburan nasyid dari Rabbani, masakannya pun memang sedap dengan tema masakan sajian Melayu. Buffet berbuka puasa di hotel singgahsana taklah mahal sangat. Harga pakej berbuka di hotel tu cuma RM60 sahaja.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 13, 2010

WAKTU BERBUKA PUASA

Hari ini dah pun hari Jumaat. Sekejap je rasanya. Masa berlalu begitu pantas. Waktu berbuka puasa masih lambat lagi. Tapi badan dah makin hilang bateri. Sabar ya.

Ingat hari ini aku nak berbuka di event kat Lot 10. Event Gadis Melayu kat TV9 tu jauh sangat nak pergi. Kalau pergi sana dapat jumpa Ashraf Muslim. Dengarnya, dah sahih lagi benar, Ashraf Muslim akan jadi pengacara dan hos untuk Gadis Melayu musim terbaru ni.


- Posted using BlogPress from my iPad

THE DESCENT

Hari ini dah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah, setakat ini ibadatku berjalan lancar. Semalam, isteri aku sakit. Tapi aku tak dapat teman dia pergi klinik.

Minggu pertama bulan puasa, tak banyak event. Minggu depan aku dah terima banyak jemputan berbuka puasa. Sebenarnya, aku liat betul nak pergi Berbuka Puasa kat luar. Senang dan hati lebih selesa berbuka dengan isteri di rumah.

Awal puasa ni, ramai yang tercari dalam internet pasal website mana yang menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak. Tiap tiap tahun macam tulah. Tak ketinggalan juga, senarai hotel yang menyediakan makanan halal pakej berbuka puasa.

Sekarang ni kena hati hati, tak semua hotel yang diiktiraf oleh JAKIM tu halal. Kadang kadang masa JAKIM pergi periksa diorang letak barang mentah yang halal tapi bila JAKIM takde, mulalah diorang ni cilok dan buat tahik.

Pagi ini, aku ke Mid Valley untuk menonton filem seram, THE DESCENT PART 2. Mengikut kata WI Yee, filem ni dah lama tayang kat USA. tapi apa apa pun aku memang suka dengan filem horror ni. Memang tak boleh missed punya.

Kepada pembaca diary ini, aku nak ucapkan kat korang srlamat berpuasa.... Bagi yang puasa jelah. Yang tak puasa tu, sila ganti sebelum nyawa anda dicabuta oleh malaikat. Hehe

Aku jugak nak minta maaf sebab sangat jarang kemaskini diari ni. Kerja sangat banyak nak buat macamana. Kalau tak kerja nantqi bini aku nak makan apa. Hahaha... Jamu pasir boleh la.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, August 10, 2010

PROBLEMO

Seminggu lalu, aku diuji dengan dugaan yang paling dahsyat. Mungkin ujian ni datang untuk menguji sejauh mana aku boleh sabar.

Ntahlah aku nak start cerita macamana. Kalau orang tanya pasal masalah kereta, aku malas betul nak cakap.


- Posted using BlogPress from my iPad

CONCERT

Sebelum ke Konsert Kemuncak Suria FM, aku singgah makan petang di Restoran Hidayah, ekceli bukan petang dah sebab tengahari aku tak sentuh nasi sebijik pun.

Kali ini, my wife order ikan masak stim. Sedap. Ini kali ketiga kitorang belia kat sini. Harga dia lebih kurang RM30 sekor. Mahal tapi berbaloilah dengan sedapnya tu.





- Posted using BlogPress from my iPad

SALAM RAMADAN

Hari ini dah pun Selasa. Esok semua umat Islam akan berpuasa. Sangat laju ya masa berlalu. Terharu rasanya sebab ini kali kedua aku berpuasa bersama isteri.

Masa membawa aku jauh menembusi segala perubahan.

Seperti tahun lalu, maka hari ini, aku pun disibukkan dengan event. Hari ni saje aku ada empat event yang aku kena attend.

Pertama, jam 11 pagi, aku ke KLCC untuk attend event astro. Diorang launching channel sempena Merdeka.

- Posted using BlogPress from my iPad

HAPPY BEFDAY

Salam semua... Lama betul tak aku tak singgah untuk berbicara dengan diari ini. Sehingga pada hari ini aku tergerak untuk menulis sepatah dua kata di sini.

Selamat hari jadi untuk aku.


- Posted using BlogPress from my iP

Popular Posts