Sabtu, 10 Julai 2010

PLAYSTATION 3

Sabtu, sebenarnya banyak sangat planning untuk hari ini. Jam 9 pagi, kena bersiap untuk ke Mid Valley. Aku ada 8 ribu lebih TreatsPoint Maybank untuk diredeem. Sangat sikit berbanding tahun lepas. Setiap tahun Maybank ada mengadakan TreatsFair untuk pengguna Maybank menukar mata ganjaran dengan menggunakan TreatsPoint. Jadi inilah masanya untuk aku menukarnya.

Pok Mey kata, dia kena pergi ke Istana Hotel untuk Auction rumah. Macam isteri aku cakap, membeli rumah yang dilelong sangat berisiko tinggi. Kalau beli tak pe, takut dia tak berapa ada pengalaman berurusan nanti.

Jam 10 pagi, aku keluar awal-awal lagi untuk ke Mid Valley. Plan sebenarnya, selepas ke Mid Valley, kami akan ke Batu Caves untuk ambil 'ijazah' aku tu. Hehe. Kemudian, kami kena pergi SACC Mall untuk Bengkel Kecantikan AsterSprings. Tapi oleh kerana isteri aku tak sihat, perancangan terpaksa dibatalkan.

Apa boleh buat. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan segalanya. Aku dah nyatakan yang aku cover Bengkel yang akan diadakan di Pavilion. Dekat sikit, takdelah jauh sangat. Lagi pun, senang sikit. Cuaca panas dan keadaan traffic membuatkan kita rasa tertekan. Kalau yang demam selesema ni akan jadi bertambah teruk pulak nanti. Jadi, baik tak payah.

Di Mid Valley, aku beli PlayStation 3 250GB di TreatsFair dan aku dapat beli 1 games dengan hanya RM1. Kemudian, diberi peluang spin roda impian. Aku dapat satu bola piala dunia dan juga diberikan 1 beg PlayStation 3 serta sehelai T-shirt.

Untuk mata ganjaran, aku cuma dapat menukarkan dengan 2 buah car box dan 1 grocerry bag. Itu ajelah. Kemudian, di tempat redeem barang pula, aku dapat peluang 5 kali putar roda impian. Nasib tak berapa elok, aku cuma dapat 50X4 mata dan 500 mata. Ingat dapat bonus ke atau 5000 mata. Then, Maybank kasi sekaki payung dan sebuah beg. Itu ajelah yang aku dapat. Kira okay lah tu kan.

Lepas ambik ijazah, aku lepak rumah Cik Da kejap.

Balik rumah, aku install PlayStation 3.

Then, godek la puas-puas huhu!