Jumaat, 9 Julai 2010

DEMAM FACEBOOK

Pagi yang cerah. Hati sangat lapang walaupun dalam kesempitan masa. Banyak sangat kerja nak kena settle dalam waktu yang agak runcing. Itu buat aku rasa masa berlalu dengan pantas.

Demam Facebook dan Konser Kemuncak Suria Cinta akan dilancarkan pada hari ini. Itu sahja event yang ada. Selebihnya masa ku bebas untuk selesaikan kerja.

Pagi-pagi lagi. adik aku call. Dia cakap bajet buat garaj kereta bertambah dalam RM900 lagi. Kena pakatlah bayar sama banyak. Bagi aku tak payah buat cantik-cantik la sebab garaj tu jarang nak diguna pun. Guna pun masa kami balik kampung aje.

Jam 12 tengahari, aku email Famy, nak tumpang dia ke sidang media Suria FM di 1Utama.

Nasib baik Famy tak bertolak lagi. So boleh tumpang dia.

Ingat ke dia naik kereta dengan deejay lain tapi rupanya Famy bawa budak interns dari UiTM.

Esok aku akan anjurkan Movie Day Out dengan pembaca di Suria KLCC. Sekejap aje, ramai yang call untuk join tengok filem A-Team. Ramai kata filem ni sangat best.


Published via iPhone