Jumaat, 4 Jun 2010

SURIA FM

Dalam banyak-banyak radio kat Malaysia, aku memilih untuk mendengar Radio Suria FM. Mengapa dan kenapa? Bukan kerana PR mereka sangat baik dan begitu bekerjasama dengan aku. Bukan kerana radio lain tak menarik perhatian aku dan bukan itu dan bukan ini. Tiada sebab aku pilih Suria FM.

Hati aku melekat untuk menyokong Suria FM kerana ada satu radio yang sangat gah ini, fuh... tak banyak memberi kerjasama untuk aku. Paling menyedihkan bila ada PRnya yang tak nak kasi kerjasama langsung. Pulak tu, diorang ni sangat sombong. Tak pernah bertegur sape kalau bertemu event. Entahlah, aku tak nak komen banyak-banyak. Takut nanti ada lak yang terasa dan berkecik hati serta menggelegak di jiwa.

Sekarang, rating radio ni dah jatuh berdebub. Aku rasa antara penyebab utama ialah kurangnya mendekati media yang kecil-kecil seperti aku. Apa yang diagung-agungkan adalah media besar yang mempunyai kapasiti publisiti meluas. Memang ramai yang tak percaya dan kurang yakin dengan peranan blog sebenarnya. Tapi aku mengambil masa beberapa tahun lagi di mana dunia lebih ingin akses dunia maya serta blog internet.

Semalam aku ada dapat jemputan media untuk menghadiri Media Nite Suria FM. Tahniah Suria FM atas kejayaan. Aku akan support Suria FM sampai bila-bila. Tapi kalau PRnya sangat sombong, mana boleh nak bekerjasama lagi dah. Nasib baikla PR Suria FM sangat baik. Siap sponsor ulangtahun budiey.com hari tu dan bagi kek untuk kami. Memang happening! Radio lain ada? Takde!

Temanya adalah jersi bolasepak. Aku dah beli siap-siap dah. Yeah! Brazil! Cuma mungkin kalau ada duit sikit, aku nak beli seluar dan juga kasut Adidas lak selepas ini.