Sunday, June 6, 2010

MAISARAH 4 TAHUN

Pagi, orang rumah sibuk di dapur. Dari semalam lagi Mengadap dapur untuk buat laksam. Aku lak semalaman memaku punggung mengadap drama TV kegemaran 24.

Hari ini, kami akan celebrate hari jadi anak kesayangan Cik Da & Ayah G, Maisarah yang akan masuk ke usia 4 tahun. Selain laksam, Sayang buat puding caramel. Memang sedap!

Jam 11 pagi, ada PR dari Bio datang hantar hadiah.

Jam 1.30 tengahari, kerja aku mengangkut makanan untuk dibawa ke rumah Cik Da berlangsung dengan jayanya.

Jam 1.45 tengahari, kami singgah di kedai kek King. Sayang ada kongsi dengan Ira beli kek bentuk nombor 4.








Kek King memang best! Tahun lepas pun order kat sini.








Macam-macam jenis dan bentuk ada.








Ini dia kek nombor 4 Maisarah.








Lawa-lawa. Tak sabar nak makan. Keh keh keh.

Jam 2 petang, kami tiba di rumah Ayoh G. Maisarah masih belum mandi lagi. Huhu!









Tengah duk minum susu. Bear aka bantal busuknya.






Ayah G beli KFC, pasti nikmatnya menjilat jari. Yummmmy!





Laksam yang nampak sedap ni, sedia terhidang. Sedang Maisarah pula naik tingkat atas untuk mandi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts