Tuesday, June 1, 2010

KAPOWW

Ku pasti, hari ini adalah hari yang paling memenatkan. Ya, sangat letih! Bayangkan dah lama aku tak kena attend 4 event dalam satu hari suntuk. Dah lama tak buat macam ni tanpa henti.

Dan aku melakukan dengan jayanya pada hari ini.

Awal pagi, aku bangkit. Bersedia untuk menghadapi realiti hidup.

Jam 10 pagi, aku ke Mid Valley untuk menonton filem Nanny McPhee & The Big Bang. Seperti yang ku jangka, filem ini sangat best. Seronok melihat kebolehan magik si bibik bergigi kapak nan sebatang.

Tapi aku tak dapat menonton sampai habis sebab aku kena attend event Astro Byond PVR di lokasi yang sama.

Sampai di North Court, media dah ramai berkumpul di situ.

Selesai event di Mid Valley, aku ke Hard Rock untuk pelancaran album 6ixth Sense.

Jam 7.30 malam, aku ke Malam Gala & Red Carpet Filem KAPOWW.

Sangkaan ku sebelum menonton, filem ini sama dengan dramanya. Sangat tak sama.

Dan hasilnya, filem lakonan Zizan Raja Lawak ni sangat sangat sangat kelakar. Budiey sangat suka!!!!! Kitorang ketawa sampai senak perut sebab skrip & aksi lakonnya yg kelakar sangat dari mula hingga habis! Tahniah Azizi Chunk & semua pelakon!

Balik, Sayang datang ambik.

Thank you, sayang. Lagi 2 hari lagi, aku dan sayang akan sambut anniversari pertama perkahwinan kami.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts