Wednesday, June 2, 2010

KILLERS

Banyak betul jemputan yang aku terima hari ini. Nak tak nak kena masukkan dalam kalendar semuanya.

Jemputan kahwin pun banyak gak musim cuti sekolah ni. Nak tak nak kena pergi jugak, nanti kalau tak pergi, siaplah pengantin muncung kecik hati.

Dalam banyak-banyak jemputan, aku dapat satu jemputan yang memang memeranjatkan. Aku tak tahu nak tolak macamana. Orang jemput, memang wajib kita datang. Kalau tak, kita dipanggil sombong berlagak pulak.

Dulu, takde orang jemput, aku bising. Sekarang orang dah jemput, orang dah kenal kita, aku masih bising?

Pagi, aku ke Majlis Prebiu Filem Killers. Memang ganas betul filem ini. Kisah seorang wanita jatuh hati lalu bercinta dengan lelaki yang kerjanya membunuh orang. Banyak kejutan dalam filem ini di saat penghujung cerita.

Aku bawa pulang goodies & merchandise yang diberikan untuk pembaca.

Sebenarnya, aku ada dateline hari ini. Jadi, aku tak boleh tangguh dan lepak sangat. Terus aku pulang. Selepas solat zuhur, aku siapkan kerja. Lepas siapkan kerja, baru aku lega sikit.

Hari ini, aku habiskan masa terluang dengan menonton 24 season 4. Lemau jadinya duk terperuk depan TV.

Sayang balik. Makan malam sama-sama. Sayang ada cadangkan restoran untuk celebrate anniversary kami. Sebuah restoran makanan siam di Damansara. Aku ikut aje.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts