Khamis, 3 Jun 2010

FILEM MANNAAN

Ya, semalam aku ada tulis sebaris ayat dalam status Facebook ku. Perkataan MALAS tidak ada dalam kamus hidup ku.

Ini ada kebenarannya dan ada juga pembohongannya. Malas - perkataan yang tak dapat dipisahkan dari manusia. Setiap orang akan rasa malas. Hanya insan hipokrit sahaja yang mengatakan dia selalu rajin.

Hari ini ada Prebiu Filem Mannaan. Aku tak dapat hadir bukan sebab MALAS tu. Tapi sebab event ni dibuat sangat jauh ya dari rumah. Nak tak nak, aku hanya mendoakan agar aku berjaya menikmati pemanduan kereta. Sekurang-kurangnya hujung bulan 6 ini.

Setidak-tidaknya, azam aku untuk tahun ini dah tercapai. Untuk memiliki sebuah kereta dan sekeping kebenaran untuk berada di atas jalan raya.

Tup tup dah pun Khamis. Cepatkan masa berlalu. Hari ini dah 3 Jun. Esok, aku dan orang rumah akan sambut ulangtahun pertama perkahwinan. Tahniah atas diri sendiri kerana dengan kuasa Tuhan, aku dah bergelar seorang suami selama 1 tahun.

Apa yang aku usahakan kini adalah untuk membahagiakan orang yang aku sayang. Bagi aku, perkahwinan adalah satu komitmen dan tanggungjawab. Jangan sekali-kali berkahwin kalau tak nak pikul tanggung jawab!

Sarapan ku pagi ini, copy n paste dari menu semalam, dua keping roti bakar dan secawan air kopi panas. Sangat menyegarkan. Hilang lenguh yang aku rasai sewaktu bangun tidur tadi.

Setelah selesaikan kerja, aku rancang untuk keluar. Plan untuk ambil tiket Andartu Terlampau di GSC Pavilion. Kemudian, aku menghala ke Nandos untuk makan tengahari. Setelah bersantai dan mengisi perut, aku ke kedai Gunting. Rupanya, bila aku tengok kupon CUT tu, aku dah 2 bulan tak gunting rambut. Biar benar.

Dari Sg Wang, aku menaiki monorail untuk KL Sentral. Dari situ, aku ke Sri Pentas untuk meeting dengan pegawai pemasaran di sana. 

Alhamdulilah, kerja hari ni dah selesai dengan jayanya.

Sampai rumah, best giler cuci syampoo rambut yang dah pendek ni. Rasa tak rimas, kepala pun rasa ringan giler. Nak fikir benda-benda pun tak susah lagi.

Yea, aku benci giler rambut yang panjang! Bini aku tahu pasal benda ni! Hahahaha!

Iz Sulaini call aku dalam jam 5 petang. Dia jemput aku untuk launching produk apa ntah. Nak eja pun susah product tu.

IZ akan sambut hari jadi pada 10 Jun ini. Happy Birthday in advance loh!